
|
D'Owner! ![]() Tagboard! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Credits! ![]()
| Youth camp!Dear blog,
#virgo #batik #resort #perak #awesome
Badan ini penat sangat. Terasa tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Demam. Maklum la baru balik dari Perak. Masih demam Perak lagi ni sebenarnya. Hahaha. Bukan itu aja, tidur dalam keadaan duduk buat badan aku sakit semua. Bontot pun kebas dibuatnya. Imagine la kan, 12 jam. Mana tak penat kan? Walau penat macam mana pun, tapi seronok sangat sangat. Gembira! Yaa itu yang aku rasakan sebenarnya *kenyit mata* hehehe
Kami bertolak ke sana pukul enam pagi dan sampai kat sana pukul lima petang. Sesampai je kat sana, kami semua terus daftarkan diri. Dibahagi sorang satu name tag tu dengan pelbagai warna. Jadi, aku dapat warna pink. Dan ternyata, warna itu adalah menunjukkan sebuah kumpulan. Kami semua terpisah, tak sama kumpulan. Untung juga aku dapat berkumpulan dengan Kiko, Tungkul dan Patrick yang sama gereja dengan aku. Kalau tak, entah tak tahu aku apa nak jadi. Sorang sorang la aku jawabnya. Conclusionnya, diaorang buat macam ini, supaya kita kenal satu sama lain. Untuk mengeratkan lagi silatuhrahim. Di kumpulan ini juga, aku dapat kawan baru. Baik baik belaka mereka semua. Hehehe xx
Banyak aktiviti yang kami lakukan selama di sana. Best sangat sangat. Tidak membosankan. Tidak buat aku rasa mengantuk atau apa. Antara aktiviti nya, jam enam pagi camtu, ada renungan pagi, ice breaking, pujian dan penyembahan, ada juga bengkel 1-4, malam bakat, altar call dan banyak lagi. Banyak benda yang aku dapat di sana. Banyak sangat. Paling best dapat berkongsi ilmu dengan kawan kawan. Dapat berkongsi pendapat. Menambahkan lagi ilmu agama ku. Praise to the lord :)
Kami bertolak balik dari sana kira kira pukul 1 lebih tengah hari macam tu. Sampai di sini pukul 11 malam camtu. Though tired, but i'm happy bring a lot of knowledge from there. Ini semua kenangan paling terindah dalam hidupku. Dapat mengenal mereka dengan lebih dekat lagi. Terima kasih Tuhan, kerana mendekatkan kami. Gembira dapat kenal mereka. Nice to meet you all. Semoga di tahun yang akan datang kita berjumpa lagi. Amen! God Blessing :* |